KISAH SERAM KETIKA MENGIKUTI PERKHEMAHAN SEKOLAH
Asslamualaikum kepada semua pembaca,
berjumpa lagi kita dalam kisah-kisah seram di Malaysia. Saya akan
menceritakan pengalaman seram saya ketika mengikuti program perkhemahan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.
Pada tahun 2013 saya bersekolah di pasir gudang johor. Pada masa tu saya masih
berumur 12 tahun dan seorang pelajar yang sangat pendiam. Saya ni kurang aktif
dalam bidang kokurikulum dan malas nak bersukan. Setiap kali waktu sukan saya
mesti ponteng kelas itu dengan alasan malas nak keluar kan peluh. Banyak kali
jugak lah saya kena tangkap dengan cikgu tapi tak insaf lagi, maklum lah pada
masa tu tahap masih budak-budak nakal. Pada suatu hari tu saya telah dipanggil
oleh pengetua kerana, pengetua ingin tahu kenapa saya kurang aktif dalam bidang
kokurikulum. Lepas tu saya diberi dengan satu borang kemasukan ke perkhemahan
kokurikulum.
Saya diwajib kan pergi ke kem tersebut kerana
saya tidak aktif dalam bidang kokurikulum. Mula-mulanya saya tak nak pergi,
tetapi nak tak nak kena pergi jua, kalau tak berbisa lah bontot. Bila saya
balik rumah saya lah orang pertama yang akan memekak dekat rumah tu, tapi tak
lah sampai macam orang gila.
Pada pagi sabtu saya dan rakan-rakan yang
terlibat sudah berkumpul di depan sekolah, untuk mengambil kehadiran. Tak silap
saya yang pergi ke kem tu hanyalah 5 orang. Kitorang pergi ke kem tak lama
dalam 4 hari 3 malam. Mula-mula saya fikirkan kem tu teruk sangat macam tidur
dalam khemah, tapi saya silap bila kitorang sampai di tempat kem tu kitorang
agak terkejut sebab kitorang tidur di dalam homestay yang agak selesa. Saya
rasa kan sudah selesa bila sampai di tempat itu. Bila saya melangkah masuk
tiba-tiba ada seorang makcik cleaner tegur aku, “ kalau sampai tempat ni jangan
jadi macam kera” saya agak terkejut
kerana saya tak buat apa-apa pun saya tak menjerit tak beloncat-loncat macam kera
pun. Pastu makcik cleaner tu cakap lagi, “jangan seronok sangat sebab kau tak
biasa lagi tempat ni banyak misteri tempat ni” aku mula terdiam dan tak cakap pape
sampai lah ke dalam bilik. Bila kawan saya perasan yang saya ni diam je, dia
terus tanya “ ko ok tak dari tadi aku
tengok ko diam je kenapa?” saya pun
cerita lah dekat dia “ ko ada dengar
tak apa yang mak cik tu cakap tadi” “alah ko jangan lah percaya sangat
dekat makcik tu , dia tak nak kita seronok sangat macam kera and dia tak nak
kita memekak tu je.” Aku angguk je.
Oh lupa pulak nak beritahu dekat mana homestay ni berada, homestay ni terletak
di tajung balau. Selepas meletak kan beg pakain yang dibawa dari rumah, cikgu
Abu mengajak kami semua untuk mandi di
laut, kami semua tanpa membuang masa terus mengantikan pakaian kami kepada
pakaian mandi dan terus ke laut untuk mandi. Dalam 30 minit macam tu saya mula
nak sejuk badan dan terus meminta izin kepada cikgu Abu untuk balik ke
homestay.
Ketika dalam perjalanan nak balik ke
homestay, saya sekali lagi ditegur oleh makcik cleaner tetapi dalam keadaan
yang tidak marah “ Adik jangan berjalan-jalan malam dekat
homestay tau walaupun dengan kawan sebab bahaya dekat sini.” Saya cakap lah ok tapi saya tanya lah dekat
makcik tu “makcik kenapa tak boleh
berjalan-jalan di kawasan ni pada waktu malam?” mak cik tu terus senyum “ nanti adik tahu lah, satu lagi
pesanan mak cik jangan tegur jika ternampak orang berjalan di kawasan ni pada
waktu malam dan jangan jawab apabila dipanggil panggilan atau pun salam pada
jam 12:00 tengah malam.” Saya
mula rasa tak sedap hati dengan makcik ni “ kalau saya jawab jugak apa yang
terjadi?” “ adik akan mendapat
kederitaan yang sangat berat.”
Pastu makcik tu terus pergi meninggalkan saya dengan senyuman manis.
Bulu roma saya terus menegak macam ada orang memahatikan saya. saya terus masuk
kedalam bilik homestay dan bersih kan diri yang penuh dengan pasir dan
menunaikan solat zohor. Pada malam hari pertama tu , selepas solat isyak kami
semua mendengar kuliah daripada seorang ustaz yang terdiri daripada penduduk
disitu. Selepas mendengar kuliah daripada ustaz tu kami semua balik ke homestay
masing-masing untuk merehatkan badan yang agak penat semasa mandi di laut tadi.
Semasa dalam perjalanan balik ke homestay, saya terdengar ada suara tangisan,
saya tanya lah dekat kawan-kawan saya “
wei korang dengar tak? Macam ada orang menangis lah.” “ orang menangis? tak dengar pun.” Mustahil
diorang tak dengar sebab suara tangisan memang yaring. “ yelah memang ada orang menangis
lah.” “ dah lah ko ni memang sengaja
nak takut kan kitorang.” Saya mula
terdiam, suara tangisan masih lagi kendegaran. Tiba-tiba je bulu roma saya menegak
dan rasa tak sedap hati.
Saya masih terfikir siapa yang
menangis, kenapa saya sorang sahaja yang dengar dan kenapa kawan-kawan saya tak
dengar tangisan tu. Saya terus terdiam sampai di bilik homestay saya, kawan
saya cakap “ sudah-sudah lah tu tak
payah fikir sangat pasal tadi, mungkin perasaan ko tu je, ko takut sangat tu ko
dengar macam-macam.” “tak
lah memang aku dengar ada orang menangis tadi tak akan korang tak dengar langsung
suara tangisan tadi.” Kawan saya
hanya menggelengkan kepala. Pada malam tu kami tidur dengan nyenyak , dalam
pukul 12:30 malam macam tu aku terjaga kerana nak membuang hajat. Pada masa tu tandas
berada di luar bilik, saya cuba mengejutkan kawan saya yang nyenyak tidur. “ wei bangun lah teman kan aku pergi
ke tandas” “ ko pergi
sendiri tak boleh ke aku nak tidur lah” “ takut lah nak pergi sorang ke
tandas.” Dengan liat bangun “ emmm yelah tapi cepat sikit” “ ok” semasa aku dan kawan aku pergi ke
tandas, kitorang perasan ada kain putih di atas pokok. Mula-mula saya fikir kan
hanya hayalan saya, tetapi tidak kerana tiba-tiba je kawan saya tegur saya “ wei ko perasan tak atas pokok tu macam ada kain putih lah” saya cakap lah “ jangan tegur biar kan je” “ asal pulak jangan tegur kan ada kain putih dekat bukan kain putih tu
bercakap pun” saya memandang muka
kawan saya dengan perasaan yang marah
“ aku cakap jangan tegur jangan tegur lah tak akan ko tak paham
Bahasa” sebab saya cakap macam tu kerana
itu bukan kain biasa tetapi itu ade lah makhluk lain. Kawan saya terus tanya
dekat saya “ asal tak boleh tegur ?”
saya cakap lah balik dulu lah nanti aku cerita, hasrat nak buang hajat tak
jadi, sebab terlalu takut bila ternampak makhluk tu. Bila sampai je di homestay saya cerita lah
dekat kawan saya pasal tadi ape yang sebenar dia Nampak. Bila aku cerita terus
muka dia pucat.
Dalam pukul 1:00 pagi macam tu kawan
saya tiba-tiba je menjerit tak tentu
pasal, saya cakap lah “ wei ko dah kenapa menjerit tak tentu
pasal.” Tiba-tiba kawan saya tu
menangis suara tangisan tu sama macam suara tangisan yang saya dengar semasa
balik dari kuliah di surau. Saya mula tak sedap hati, saya terus ke bilik cikgu
Abu untuk minta bantuan. Cikgu tanya lah kenapa, saya cerita kan lah semua ape yang berlaku,
selepas saya mencerita kan kesemua nya
terus cikgu dan saya pergi ke bilik. Bila kami tiba di bilik saya dan cikgu
terkejut apabila kawan saya berada di atas siling dengan keadaan yang agak
menyeramkan. Dengan suara yang
garau kawan saya cakap “ ko nak ape. Buat ape dekat sini.” Terus
cikgu saya lari keluar dari bilik, saya
tanya lah kenapa cikgu, “ saya
Nampak bungkusan berdiri di tepi katil kamu berdua.” “maksud cikgu, cikgu Nampak
pocong di tepi katil kitorang?” cikgu
hanya mampu angguk kan kepala. Saya rasa
pelik kerana saya tak Nampak pun bungkusan di tepi katil. Saya memberanikan diri untuk masuk kedalam
bilik homestay tu, bila saya masuk memang betul apa yang cikgu cakap memang ade
sebungkus kain yang berdiri di tepi katil saya. saya terkejut, masa tu saya tak
buat pape hanya boleh berdiri tapi tak boleh nak gerak. Kawan saya yang berada
di siling terus menagis dengan suara tangisan yang menyeramkan. Saya terus keluar daripada bilik tu. Bila
saya keluar semua ahli perkhemahan sudah berada di luar. Saya menyuruh cikgu
memanggil ustaz yang memberi kuliah hari tu. Cikgu Abu terus pergi tanpa membuang
masa, saya menyuruh kawan-kawan yang lain masuk kedalam bilik masing-masing.
Kira-kiram 30 minit macam tu cikgu Abu dan beberapa orang kampung telah tiba.
Saya tercari-cari mana ustaz yang memberi kuliah hari tu. Saya tanya lah dekat
cikgu Abu “ mana ustaz cikgu?” cikgu cakap dia akan sampai sekejap lagi. Dalam
lima minit macam tu, sebuah kereta masuk kedalam perkarangan homestay, saya
lihat ustaz bersama dengan imam kampung telah sampai. Ustaz tanya lah yang mana
bilik kena gangguan tu. Saya tunjuk kan lah bilik saya dan kawan saya diganggu.
Ustaz meminta saya untuk mengazankan di setiap penjuru bilik. Saya hanya
mengeturuti apa yang disuruh oleh ustaz. Bila saya memulakan azan terus kawan
saya terjun ke bawah dan tumbuk kepala saya, ustaz cakap terus kan sahaja azan
tu. Saya terus kan sahaja azan tu,
“ ko berhenti azan sekarang panas
ko tahu tak, aku cakap berhenti,”
ustaz cakap jangan berhenti “ ko
keluar daripada badan dia jangan ganggu dia lagi.” “ aku tak nak keluar daripada badan
budak ni, aku suka budak ni, kalau dia tak tegur aku aku tak akan ada
kawan.” Bila saya habis azan terus
saya pergi ke arah ustaz.
Saya lihat bibir ustaz macam ada baca
sesuatu, mungkin membaca surah-surah tertentu. Bila ustaz membaca surah
saya lihat kawan saya macam kepanasan
“ kau baca apa. Aku lagi kuat lah daripada kau, kau baca apa bising
lah.” Ustaz teruskan bacaan nya, tanpa henti. Kawan saya terus menjerit “ panas lah berhenti lah baca tu aku rasa
panas” “ kau ingat kau kuat sangat, Allah lagi
kuat daripada kau” kawan
aku terus menjerit. Ustaz suruh aku pegang dia, masa pegang dia baca je surah
ape yang ingat jangan berhenti. Masa saya pegang dia kekuatan nya luar biasa
macam orang yang badan sado. Dalam 1 jam saya memegang dia, keadaan dia semakin
terkawal, pastu dia semakin lemah tetapi makhluk tu tak nak keluar daripada
badan kawan saya. “ kau keluar je
lah daripada badan budak tu, kau dah lemah dah.” Tetapi percakapan tu tak di layan oleh makhluk
tu malahan digelak pula. “ hahahaha
kau ingat aku ni tak kuat lagi, kau ingat aku ni sudah lemah” tiba-tiba je saya terpelanting
kebelakang. Memang luar biasa lah kekuatan makhluk tu, sampai terpelanting saya
dibuat nya. Ustaz menyuruh saya untuk
memanggil cikgu Abu untuk membantu masalah ini. Dalam pukul 3:00 pagi macam tu
keadaan semakin reda, makhluk tu semakin lemah dan tidak berupaya nak
lawan. “ kau keluar je daripada badan
budak tu, kalau tak aku akan hapus kan kau.” “
baik aku keluar daripada badan budak ni” selepas tu kawan saya sedar tanya apa yang
terjadi.
Bila aku
nak dekat dengan kawan saya, ustaz melarang saya untuk dekat, terus baca
ayat-ayat suci al-quran. “ kau memang
pandai berlakon” terus makhluk tu
gelak “ hahahahaha tak sangka ilmu kau tinggi, boleh
beza kan aku dah keluar ke belum”
bila ustaz baca satu surah yang tak berapa jelas saya dengar terus hembus dekat kawan saya,
ini menyebabkan kawan saya mengelupur, pastu dia memanggil nama saya. Saya
terus mendapat kan dia. Dia tanya apa yang dah terjadi. “ nanti aku cerita kan yang penting
sekarang ni ko selamat” kawan saya
berasa hairan dia masih tertanya-tanya apa yang sudah terjadi. Ustaz menyuruh
kami berdua tidur di bilik cikgu Abu. Sebab ustaz suruh saya dan kawan saya
tidur di bilik cikgu Abu kerana tak nak terjadi lagi sekali perkara ni. Saya
ingat perkara ini berakhir di situ, tetapi saya silap apabila malam yang
terakhir kami berada di kem tersebut. Tapi kali ni bukan kawan saya yang kene,
orang lain yang kene. Seorang budak perempuan yang mengikuti kem ini terkena
ganguan, budak tu cakap masa dia jalan-jalan di tepi homestay dia ternampak
hantu pocong berdiri di depan dia. Dia terjatuh pastu dia menjerit ketakutan.
Saya mula terfikir memang benar ape yang
makcik cleaner tu cakap. Saya pergi ke kaunter homestay tu untuk pulang kan
kunci bilik kepada pekerja disitu, sambil tu saya tanya lah dekat pekerja
disitu pasal makcik cleaner yang berkejar di homestay situ. Muka pekerja tu
berkerut dan pucat. Saya terkejut lah, pastu pekerja disitu mencerita kan
bahawa makcik tu dah lama meninggal dunia, mayat nya tak dijumpai sampai
sekarang, polis menanggap kes mati lemas. Saya terkejut apabila mendengar apa
yang pekerja homestay itu cakap, “
habis tu selama ni aku cakap dengan siapa, adakah aku cakap dengan orang
ataupun makhluk ghaib.” Yang lebih
mengejutkan saya apabila pekerja itu menceritakan lagi bahawa roh makcik datang
dengan keadaan dibungkus sambil menangis untuk menyuruh siapa yang berkunjung
di homestay itu cari mayat dia. Saya mula terdiam sampai naik didalam bas.
Apabila
saya duduk di dalam bas saya ternampak makcik cleaner tu berdiri di depan salah
sebuah bilik homestay, sambil tangan nya melambai kearah bas kami. Bulu roma
saya tiba-tiba je naik. Tiga bulan selepas kejadian seram yang menimpa di atas
saya,saya pergi ke homestay tu tapi bukan untuk bermalam disana tapi saja je
nak datang. Bila aku sampai masih terasa seram saya bila tiba di situ. Saya
terlihat susuk tumbuh seorang makcik berdiri sambil berdiri di depan pintu
bilik salah sebuah homestay tersebut. Aku mula terfikir siapa pula dia nak
ganggu lagi. Saya baca lah surah-surah yang saya ingat. Bila saya mula baca
makcik tu terus pandang saya dengan muka yang marah, sekelip mata sahaja makcik
itu hilang dari pandangan. Tiba-tiba je hati saya tidak sedap hati, saya terus
bereda pergi ke tempat keluarga saya berkelah. Saya dan keluarga berkelah
dengan seronok di tepi pantai, kitorang sekeluarga membuat bbq, mandi-manda di
laut, bermain bola tampar di pantai. Saya ingat kan peristiwa menyeramkan yang
berlaku sebentar tadi sampai di situ sahaja tapi saya silap.
Semasa
pulang ke rumah, pada masa tu waktu malam kitorang baru berangkat dari tanjung
balau, waktu suasana di jalan agak gelap dan ayah saya terpaksa memandu dengan
perlahan. Saya mula perasan bila ada kereta di belakang kereta kami mesti
diorang naik kan lampu kereta dan membunyi kan hon, saya mula rasa pelik kenapa
mereka membuat perkara tersebut seolah nak beritahu kitorang macam ada sesuatu
di atas kereta kitorang. Saya menyeruh ayah memberhenti kan kereta di bahu
jalan, takut-takut ada benda yang tertinggal di atas kereta. Ayah saya
memberhentikan kereta di bahu jalan dan saya keluar daripada kereta untuk
meninjau di atas kereta, saya tengok tak ada pape yang pelik ataupun benda yang
tertinggal di atas kereta. Bila kereta lalu di depan kereta kitorang , mesti
diorang membunyikan hon dan menaikkan lampu. Saya pun pelik kenapa dengan
diorang ni, macam nampak hantu je. Saya masuk lah ke dalam kereta, ayah dan emak
saya tanya ada apa yang tertinggal dekat atas kereta, saya hanya menggelengkan
kepala sahaja menandakan tiada papa yang berada dia atas kereta.
Dalam satu jam macam tu kitorang sekeluarga sampai di rumah, mula-mula
kitorang sampai di rumah tiada apa-apa yang berlaku tapi selepas seminggu
kitorang berkelah di tanjung balau perkara yang ghaib telah berlaku di dalam
rumah saya. Setiap kali pada waktu malam mesti lah ada kedengaran suara orang
menangis di dalam rumah pastu macam ada orang berjalan di dapur pada hal tak
ada orang. Saya mula rasa pelik apa yang berlaku sebenarnya, bila saya
menceritakan dekat mak saya dia tak mempercayai langsung apa yang saya cerita
kan. Saya rasa macam pelik tak akan mak saya tak dengar langsung suara tangisan
pada malam hari, suara tu memang jelas kendengaran. Pastu mak saya cakap
mungkin suara daripada jiran-jiran kut, saya hanya mengangguk sahaja dan tidak
bercakap apa-apa.
Pada
malam tu saya tidur dengan nyenyak sekali, tapi nyenyak tu hanya sekejap sahaja
kerana ada suara tangisan yang selalu muncul pada setiap malam. Saya berani kan
diri untuk mencari dari mana datang nya suara tangisan tu, rupanya suara
tangisan tu datang dari dapur rumah saya. Bila saya melihat di dapur, suasana
pada masa tu memang gelap saya, bila saya bukak lampu saya terkejut sebab apa
yang saya perhatikan adalah seorang wanita tua sedang mencangkuk di atas meja
makan sambil menangis. Kepala dia tunduk
ke bawah, bulu roma saya terus naik. Saya tak tahu nak cakap macam mana sebab
hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada masa tu. saya lihat perempuan
tu macam pernah tengok, bila ingat kan balik rupa-rupanya perempuan tu ialah
yang mati di tanjung balau dan mayat nya yang tak jumpa. Bila saya sudah
teringat saya menjadi takut dan menjadi lemah semangat terus, tiba-tiba perempuan tu bersuara “ tolong aku, tolong aku ,tolong
aku” saya hanya berdiam diri .
suara perempuan tu semakin menjadi garau “ tolong aku tolong aku tolong aku ,
tolong cari mayat aku,” saya
terus membaca ayat-ayat suci al-quran. Bila memulakan bacaan ayat al-quran
terus perempuan tu menjerit yang
menyebabkan mak,ayah dan abang saya terbangun daripada tidur. Mula-mula abang
saya turun ke bawah untuk melihat apa yang terjadi selepas tu baru ayah saya
turun ke bawah, bila mereka sampai ke bawah, mereka terkejut apabila melihat
seorang wanita sedang bercangkug di atas meja makan sambil menangis. Ayah tanya
macam mana boleh terjadi, saya cerita kan apa yang berlaku sebentar tadi, bila
sudah mendengar keterangan daripada saya terus ayah membaca surah al-jin dan
menyuruh saya azan di tengah-tengah rumah. Saya hanya menuruti apa yang disuruh
oleh ayah saya, bila saya azan perempuan tu terus menjerit dan menyuruh saya
memberhenti kan azan. Saya dengar yang ayah saya menyuruh perempuan tu keluar
daripada rumah kami, tetapi perempuan tu degil tak nak keluar daripada rumah kami.
Ayah
saya tak dapat membuat apa-apa sebab benda ni terlalu kuat dan kami terpaksa
memanggil seorang ustaz untuk membantu kami sekeluarga. Ustaz tu cakap boleh
keluar kan dia daripada rumah ni tetapi mengabil masa yang lama. Selepas 2
bulan kami sekeluarga berubat dengan ustaz ni, keadaan yang pelik berlaku di
rumah saya semakin berkurang tapi gangguan masih berlaku dengan penampakan
perempuan tua sedang mencangkuk di mana-mana sahaja samapi sekarang. Itu lah
pengalaman seram saya mengikuti perkhemahan di tanjung balau.
TERIMA KASIH
KERANA MEMBACA CERITA INI........
apa komen anda semua
BalasPadamSaya peminat bagi cerita hantu di google. Tapi... dalam banyak2 cerita yang pernah saya baca... inilah yang pertama paling seram. Dah lah baca pada bukan Ramadhan. Tapi tetap takut. Ambil bantal dan selimut tindih di atas saya. Lepastu bila je baca bahagian 'Pocong',terus je terbayang ada di atas saya. Terus buang selimut dan bantal. Memang seram.
BalasPadam