MELAWAT VILLA NABILA
PADA WAKTU MALAM
Assalamualaikum kepada semua
peminat-peminat kisah seram, aku ingin menceritakan pengalaman seram aku ketika melawat ke Villa Nabila pada waktu malam. Peristiwa ini
masih segar dalam ingatan aku, kerana banyak peristiwa yang menyeramkan telah
berlaku semasa aktiviti ini dijalankan. Aku ingin mengucapkan terima kasih
kepada kawan-kawan aku kerana telah menjayakan aktiviti ini dan memberi
sokongan kepada aku untuk membuat cerita ini.
Pada pagi itu, aku telah menelefon kawan
aku iaitu afiq, “ hello afiq, wei ko boleh tak datang rumah aku
ada benda sikit aku nak cakap ni”
“ apa benda yang ko nak cakap sangat ni, dalam telephone ni tak boleh
ke” “alah ko datang jelah rumah
aku.” 10 minit kemudian Afiq dan
haikal telah sampai di rumah aku. “
apa benda ko nak cakap raziq? Macam best je” “memang best pun, apakata kita
pergi ke villa Nabila pada waktu malam”
“ waktu malam” “ ye waktu
malam kenapa ko takut eah”
“ tak lah mana ada aku takut, aku
on je ko tnya lah matyo ni” aku memandang haikal , haikal hanya
angguk sahaja menandakan dia setuju untuk mengikuti program ini. Tiba-tiba
haikal bersuara yang dari tadi Cuma diam membisu sahaja “ hari apa nak pergi? Naik apa pergi sana? Berapa orang nak pergi?
Dekat mana nak berkumpul?” aku
hanya jawab “ kita pergi pada malam
sabtu ni, berkumpul dekat stesen bas,
jangan lupa ajak cikgu kasma sekali dan kawan-kawan yang lain.” Afiq dan haikal hanya menanggukan sahaja
apa yang aku cakap. Pada malam sabtu itu, kitorang berkumpul di stesen bas yang
telah ditetapkan oleh aku pada tempoh hari. Yang mengikuti rancangan aku ni hanyalah
11 orang sahaja pada mula nya. Bagi lelaki yang mengikuti ialah Rafiqi, Shahrul
Amri, Matyo ( haikal), Iskandar, Afiq, dan Zulhilmi. Bagi perempuan pula tak
berapa ramai sangat yang pergi ialah Cikgu Kasma, Amira, Izyan, dan Fatma. Aku
lihat pada malam tu cikgu Kasma sangat bergaya mengalahkan seorang artist “
cikgu bergaya gila pada malam ni”
cikgu kasma hanya gelak sahaja.
“ kenapa tak ajak iznaiera join sekali?”
tanya cikgu kasma pada aku.
“ oh lupa lah cikgu,kejap saya pergi telephone Iznaiera” selepas aku menelefon Iznaiera aku menyuruh
kawan-kawan dan cikgu kasma menunggu
sekejap sebab ada seorang lagi nak mengikuti program ini. 30 minit kemudian
Iznaiera telah tiba di stesen, aku melihat Iznaiera pada malam tu memang lawa
and cantik. Lupakan pasal tu yang lebih penting ialah kami semua kenalah
menaiki bas kerana bas sudah nak bertolak. Bila kitorang sampai di bandar Jb,
cikgu kasma telah mengajak kami semua untuk makan dahulu sebelum pergi ke VILLA
NABILA, aku hanya meangguk kan kepala sahaja kerana jam baru menunjukkan pukul
8:00 malam masih awal lagi nak pergi ke tempat yang menyeramkan tu.
Jam menunjukkan pukul 10:00 malam,
selepas kitorang semua makan di sebuah restoran yang berhampiran dengan VILLA
NABILA terus kitorang pergi ke tempat yang
menyeramkan tu. Bila kitorang sampai di VILLA NABILA cikgu kasma mengajak kami
semua untuk bergambar dahulu untuk kenangan, bila kitorang selesai mengambil
gambar aku meminta cikgu send gambar tersebut ke phone aku, sesudah cikgu kasma
send kesemua gambar tu ke phone aku,
kitorang terus masuk ke dalam VILLA NABILA. Suasana di VILLA NABILA pada masa
tu memang gelap, nasib baik kitorang membawa lampu suluh untuk menyuluh suasana
yang gelap pada masa tu. Aku agak marah dengan perangai shahrul kerana mengangjing “ woi hantu keluar lah, ko ingat aku
takut ke. Keluar lah” “ woi
dah lah tu karang ko yang kena nanti.”
Shahrul tak endah kan apa yang aku cakap dia terus membuat perangai dia.
Dalam hati nak sahaja suruh dia balik sekarang, tapi aku sabar kan sahaja. Bila
kami semua sampai di salah sebuah rumah yang menyeramkan dan banyak kisah-kisah
yang ghaib telah berlaku di rumah ini, menurut penduduk di situ rumah tersebut
tak dapat diroboh kan, bila dirobohkan
pada hari ini esok nya rumah tersebut masih ada dengan keadaan yang masih elok.
Aku tidak dapat pasti kan sama ada betul atau tidak cerita tu, bila aku meyuluh
kedalam rumah yang besar tu aku ternampak macam ada orang di dalam rumah, “ wei korang Nampak tak dalam rumah tu
ada orang lah” cikgu kasma hanya
jawab “ mana ada orang dalam rumah
tu, kamu jangan nak takut kan kami”
“ mana ada nak takut kan kamu semua memang betul lah saya Nampak ada
orang di dalam rumah” “ ok
kalau ada orang dalam rumah jom kita masuk dalam rumah tu.” Tiba-tiba Iskandar yang dari tadi hanya
diam membisu bercakap “ cikgu tak payah
lah masuk sebab, kata orang kalau masuk nanti tak boleh keluar daripada rumah
tu.” Cikgu kasma tidak mempercayai apa
yang Iskandar cerita kan.
“ saya tak percaya lah apa yang kamu
cakap kan, itu kata orang, betul ke tidak apa yang orang cakap, kamu pasti ke apa yang orang cakap tu” Iskandar hanya mengelengkan kepala sahaja. “ ha dah tu jom lah kita masuk” kami masuk dengan perasaan yang ingin
tahu sama ada betul atau tidak apa yang orang selalu wawarkan tentang kisah
misteri itu. Bila kitorang melangkah masuk kedalam VILLA NABILA itu,
tiba-tiba je bulu roma aku naik aku
tanya lah dekat mereka “ wei korang,
aku rasa lain lah bila masuk dalam VILLA ni” jawab fatma “ yelah, aku pun rasa lain lah, jom lah keluar.” Amira cakap “ ai baru masuk dah nak keluar
rumah dah, kejap lah bagi kita pusing-pusing dalam rumah ni dulu lepas tu baru kita
keluar ok” fatma hanya menanggukan
kepala sahaja. Aku lihat tengok keadaan
dalam VILLA tu memang unsang yelah sudah lebih 10 tahun ditinggalkan dan tidak
didiami. Semasa kitorang leka berjalan-jalan di dalam rumah tu, kitorang
terdengar suara yang agak pelik,
mula-mula kan suara burung hantu tapi tak akan burung hantu dekat dalam
rumah “ wei korang dengar
tak?” tanya zulhilmi kepada kami semua.
Aku cakap “ jangan tegur biar kan
je buat tak tahu je” zulhilmi hanya diam sahaja. Dari suara
pelik menjadi suara tangisan bayi. Bila muncul sahaja suara tangisan tu terus
cikgu kasma dan izyan menjerit ketajutan, aku cakap “ jangan jerit, jangan takut saya ada,
jangan risau saya boleh urus kan” untuk
menenang kan cikgu kasma yang menjerit apabila suara tangisan bayi itu muncul. Suara
tangisan bayi masih kedengaran, aku mengajak mereka semua untuk keluar daripada
VILLA NABILA mereka setuju kerana
terlalu takut, bila kitorang jalan menuju ke pintu keluar kitorang rasa macam
pint utu jauh je padahal pintu tu ada di depan tu je aku mula rasa pelik.
Kitorang terus kan jalan sahaja “ wei
raziq kita ni jalan tempat yang sama je”
tanya rafiqi kepada aku. Memang benar apa yang rafiqi cakap kan sebab
kitorang jalan tempat yang sama, sudah 1 jam kitorang jalan tempat yang sama
tiba-tiba haikal hattar jatuh pengsan.
Bila haikal jatuh pengsan cikgu kasma
menjadi panik, aku cakap “tenang
jangan panik” aku membaca
surah apa yang aku ingat dan hembus ke hadapan, bila sudah hembus ke hadapan
tiba-tiba suara orang perempuan ketawa. Aku lihat cikgu kasma,amira,fatma,dan
izyan takut sangat tapi budak-budak lelaki semua tu cuba memberanikan diri aku hanya cakap “ jangan takut, kalau kita takut benda
tu semakin berani tapi bila kita berani benda tu semakin takut dengan” diorang hanya menanggukan kepala sahaja
menandakan faham apa yang aku maksud kan. Aku menyuruh diorang membaca surah
apa yang diorang ingat. Suara gelakan perempuan masih kendengaran, aku menyuruh
Rafiqi dan Iskandar mengangkat haikal yang pengsan dari tadi. Kitorang cuba
sekali lagi untuk keluar daripada rumah yang menyeramkan tu, akhirnya kitorang
berjaya keluar daripada rumah tu. Bila kitorang sudah keluar daripada rumah tu terus Izyan pengsan “
dah sudah raziq Izyan pengsan pula”
kata cikgu kasma kepada aku. Aduh mengeluh aku dalam hati, tadi haikal
pengsan sekarang Izyan pulak yang pengsan. Aku tanya lah dekat diorang “ ada sesiapa yang bawak air
tak?” matyo (haikal) memberi sebotol air kosong kepada aku, aku
membaca surah al-fatiha sebanyak tiga kali, dan surah tiga kul sebanyak tiga
kali selepas tu aku sapu di muka diorang bedua. Selepas diorang sedar, Afiq
menunjuk sesuatu kepada aku, aku melihat arah yang ditunjuk oleh Afiq, ada
sebatang pokok besar yang agak menyeramkan di tepi pokok tersebut ada seorang
wanita berpakaian putih kepala dia tunduk ke bawah “ ya Allah” itu sahaja apa yang aku lafaz kan apabila
melihat wanita itu. Aku menyuruh Afiq diam kan diri sahaja dan tidak cakap
dengan orang lain pasal benda ni, aku
lihat yang lain sibuk untuk menenangkan Izyan dan Haikal yang dari tadi
menanyakan apa yang sudah terjadi. Aku menyuruh semua kawan-kawan aku dan cikgu
kasma untuk tinggal kan tempat ni, kami semua pergi dari tempat yang
menyeramkan tu dan balik ke rumah
masing-masing. Selepas seminggu kejadian tu cikgu kasma berjumpa dengan aku,
dia menunjukkan salah satu gambar yang kami ambil semasa di VILLA NABILA pada mula nya aku cakap tak ada papa yang
pelik, bila cikgu kasma zoom kan gambar tu aku terkejut apabila melihat apa
yang ditunjukkan oleh cikgu kasma, rupa-rupanya ada seorang wanita berpakain
putih sedang berdiri di tepi Fatma dengan rambut nya menutup muka. Itu lah
kisah pengalaman aku ketika melawat ke VILLA NABILA pada waktu malam.
.....TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan