Rabu, 31 Ogos 2016

KISAH SERAM KETIKA MELAWAT VILLA NABILA PADA WAKTU MALAM

MELAWAT VILLA NABILA PADA WAKTU MALAM



       Assalamualaikum kepada semua peminat-peminat kisah seram, aku ingin menceritakan pengalaman seram  aku ketika melawat ke  Villa Nabila pada waktu malam. Peristiwa ini masih segar dalam ingatan aku, kerana banyak peristiwa yang menyeramkan telah berlaku semasa aktiviti ini dijalankan. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan aku kerana telah menjayakan aktiviti ini dan memberi sokongan kepada aku untuk membuat cerita ini.
       Pada pagi itu, aku telah menelefon kawan aku iaitu afiq,  “  hello afiq, wei ko boleh tak datang rumah aku ada benda sikit aku nak cakap ni”             “ apa benda yang ko nak cakap sangat ni, dalam telephone ni tak boleh ke”         “alah ko datang jelah rumah aku.”    10 minit kemudian Afiq dan haikal telah sampai di rumah aku.      “ apa benda ko nak cakap raziq? Macam best je”             “memang best pun, apakata kita pergi ke villa Nabila pada waktu malam”        “ waktu malam”         “ ye waktu malam kenapa ko takut eah”                 “  tak lah mana ada aku takut, aku on je ko tnya lah  matyo ni”        aku memandang haikal , haikal hanya angguk sahaja menandakan dia setuju untuk mengikuti program ini. Tiba-tiba haikal bersuara yang dari tadi Cuma diam membisu sahaja            “ hari apa nak pergi?   Naik apa pergi sana? Berapa orang nak pergi? Dekat mana nak berkumpul?”        aku hanya jawab       “ kita pergi pada malam sabtu ni, berkumpul dekat  stesen bas, jangan lupa ajak cikgu kasma sekali dan kawan-kawan yang lain.”    Afiq dan haikal hanya menanggukan sahaja apa yang aku cakap. Pada malam sabtu itu, kitorang berkumpul di stesen bas yang telah ditetapkan oleh aku pada tempoh hari. Yang mengikuti rancangan aku ni hanyalah 11 orang sahaja pada mula nya. Bagi lelaki yang mengikuti ialah Rafiqi, Shahrul Amri, Matyo ( haikal), Iskandar, Afiq, dan Zulhilmi. Bagi perempuan pula tak berapa ramai sangat yang pergi ialah Cikgu Kasma, Amira, Izyan, dan Fatma. Aku lihat pada malam tu cikgu Kasma sangat bergaya mengalahkan seorang artist             “  cikgu bergaya gila pada malam ni”    cikgu kasma hanya gelak sahaja.          “ kenapa tak ajak iznaiera join sekali?”  tanya cikgu kasma pada aku.       “ oh lupa lah cikgu,kejap saya pergi telephone Iznaiera”   selepas aku menelefon Iznaiera aku menyuruh kawan-kawan dan cikgu kasma  menunggu sekejap sebab ada seorang lagi nak mengikuti program ini. 30 minit kemudian Iznaiera telah tiba di stesen, aku melihat Iznaiera pada malam tu memang lawa and cantik. Lupakan pasal tu yang lebih penting ialah kami semua kenalah menaiki bas kerana bas sudah nak bertolak. Bila kitorang sampai di bandar Jb, cikgu kasma telah mengajak kami semua untuk makan dahulu sebelum pergi ke VILLA NABILA, aku hanya meangguk kan kepala sahaja kerana jam baru menunjukkan pukul 8:00 malam masih awal lagi nak pergi ke tempat yang menyeramkan tu.
        Jam menunjukkan pukul 10:00 malam, selepas kitorang semua makan di sebuah restoran yang berhampiran dengan VILLA NABILA  terus kitorang pergi ke tempat yang menyeramkan tu. Bila kitorang sampai di VILLA NABILA cikgu kasma mengajak kami semua untuk bergambar dahulu untuk kenangan, bila kitorang selesai mengambil gambar aku meminta cikgu send gambar tersebut ke phone aku, sesudah cikgu kasma send kesemua gambar tu  ke phone aku, kitorang terus masuk ke dalam VILLA NABILA. Suasana di VILLA NABILA pada masa tu memang gelap, nasib baik kitorang membawa lampu suluh untuk menyuluh suasana yang gelap pada masa tu. Aku agak marah dengan perangai shahrul kerana mengangjing        “ woi hantu keluar lah, ko ingat aku takut ke. Keluar lah”             “ woi dah lah tu karang ko yang kena nanti.”          Shahrul tak endah kan apa yang aku cakap dia terus membuat perangai dia. Dalam hati nak sahaja suruh dia balik sekarang, tapi aku sabar kan sahaja. Bila kami semua sampai di salah sebuah rumah yang menyeramkan dan banyak kisah-kisah yang ghaib telah berlaku di rumah ini, menurut penduduk di situ rumah tersebut tak  dapat diroboh kan, bila dirobohkan pada hari ini esok nya rumah tersebut masih ada dengan keadaan yang masih elok. Aku tidak dapat pasti kan sama ada betul atau tidak cerita tu, bila aku meyuluh kedalam rumah yang besar tu aku ternampak macam ada orang di dalam rumah,      “ wei korang Nampak tak dalam rumah tu ada orang lah”       cikgu kasma hanya jawab     “ mana ada orang dalam rumah tu, kamu jangan nak takut kan kami”            “ mana ada nak takut kan kamu semua memang betul lah saya Nampak ada orang di dalam rumah”             “ ok kalau ada orang dalam rumah jom kita masuk dalam rumah tu.”     Tiba-tiba Iskandar yang dari tadi hanya diam membisu bercakap   “ cikgu tak payah lah masuk sebab, kata orang kalau masuk nanti tak boleh keluar daripada rumah tu.”   Cikgu kasma tidak mempercayai apa yang Iskandar cerita kan.
         “ saya tak percaya lah apa yang kamu cakap kan, itu kata orang, betul ke tidak apa yang orang cakap,  kamu pasti ke apa yang orang cakap tu”    Iskandar hanya mengelengkan kepala sahaja.         “ ha dah tu jom lah kita masuk”       kami masuk dengan perasaan yang ingin tahu sama ada betul atau tidak apa yang orang selalu wawarkan tentang kisah misteri itu. Bila kitorang melangkah masuk kedalam VILLA NABILA itu, tiba-tiba  je bulu roma aku naik aku tanya lah dekat mereka     “ wei korang, aku rasa lain lah bila masuk dalam VILLA ni”        jawab fatma “ yelah,  aku pun rasa lain lah, jom lah keluar.”     Amira cakap “ ai baru masuk dah nak keluar rumah dah, kejap lah bagi kita pusing-pusing dalam rumah ni dulu lepas tu baru kita keluar ok”    fatma hanya menanggukan kepala sahaja.  Aku lihat tengok keadaan dalam VILLA tu memang unsang yelah sudah lebih 10 tahun ditinggalkan dan tidak didiami. Semasa kitorang leka berjalan-jalan di dalam rumah tu, kitorang terdengar suara yang agak pelik,  mula-mula kan suara burung hantu tapi tak akan burung hantu dekat dalam rumah          “ wei korang dengar tak?”   tanya zulhilmi kepada kami semua. Aku cakap       “ jangan tegur biar kan je buat tak tahu je”         zulhilmi hanya diam sahaja. Dari suara pelik menjadi suara tangisan bayi. Bila muncul sahaja suara tangisan tu terus cikgu kasma dan izyan menjerit ketajutan, aku cakap       “ jangan jerit, jangan takut saya ada, jangan risau saya boleh urus kan”  untuk menenang kan cikgu kasma yang menjerit apabila suara tangisan bayi itu muncul. Suara tangisan bayi masih kedengaran, aku mengajak mereka semua untuk keluar daripada VILLA NABILA  mereka setuju kerana terlalu takut, bila kitorang jalan menuju ke pintu keluar kitorang rasa macam pint utu jauh je padahal pintu tu ada di depan tu je aku mula rasa pelik. Kitorang terus kan jalan sahaja     “ wei raziq kita ni jalan tempat yang sama je”         tanya rafiqi kepada aku. Memang benar apa yang rafiqi cakap kan sebab kitorang jalan tempat yang sama, sudah 1 jam kitorang jalan tempat yang sama tiba-tiba haikal hattar jatuh  pengsan.
          Bila haikal jatuh pengsan cikgu kasma menjadi panik, aku cakap     “tenang jangan panik”      aku membaca surah apa yang aku ingat dan hembus ke hadapan, bila sudah hembus ke hadapan tiba-tiba suara orang perempuan ketawa. Aku lihat cikgu kasma,amira,fatma,dan izyan takut sangat tapi budak-budak lelaki semua tu cuba memberanikan diri  aku hanya cakap       “ jangan takut, kalau kita takut benda tu semakin berani tapi bila kita berani benda tu semakin takut dengan”     diorang hanya menanggukan kepala sahaja menandakan faham apa yang aku maksud kan. Aku menyuruh diorang membaca surah apa yang diorang ingat. Suara gelakan perempuan masih kendengaran, aku menyuruh Rafiqi dan Iskandar mengangkat haikal yang pengsan dari tadi. Kitorang cuba sekali lagi untuk keluar daripada rumah yang menyeramkan tu, akhirnya kitorang berjaya keluar daripada rumah tu. Bila kitorang sudah keluar daripada rumah tu  terus Izyan pengsan        “ dah sudah raziq Izyan pengsan pula”    kata cikgu kasma kepada aku. Aduh mengeluh aku dalam hati, tadi haikal pengsan sekarang Izyan pulak yang pengsan. Aku tanya lah dekat diorang         “ ada sesiapa yang bawak air tak?”    matyo (haikal)  memberi sebotol air kosong kepada aku, aku membaca surah al-fatiha sebanyak tiga kali, dan surah tiga kul sebanyak tiga kali selepas tu aku sapu di muka diorang bedua. Selepas diorang sedar, Afiq menunjuk sesuatu kepada aku, aku melihat arah yang ditunjuk oleh Afiq, ada sebatang pokok besar yang agak menyeramkan di tepi pokok tersebut ada seorang wanita berpakaian putih kepala dia tunduk ke bawah      “ ya Allah”  itu sahaja apa yang aku lafaz kan apabila melihat wanita itu. Aku menyuruh Afiq diam kan diri sahaja dan tidak cakap dengan orang lain pasal benda ni,  aku lihat yang lain sibuk untuk menenangkan Izyan dan Haikal yang dari tadi menanyakan apa yang sudah terjadi. Aku menyuruh semua kawan-kawan aku dan cikgu kasma untuk tinggal kan tempat ni, kami semua pergi dari tempat yang menyeramkan  tu dan balik ke rumah masing-masing. Selepas seminggu kejadian tu cikgu kasma berjumpa dengan aku, dia menunjukkan salah satu gambar yang kami ambil semasa di VILLA NABILA   pada mula nya aku cakap tak ada papa yang pelik, bila cikgu kasma zoom kan gambar tu aku terkejut apabila melihat apa yang ditunjukkan oleh cikgu kasma, rupa-rupanya ada seorang wanita berpakain putih sedang berdiri di tepi Fatma dengan rambut nya menutup muka. Itu lah kisah pengalaman aku ketika melawat ke VILLA NABILA pada waktu malam.


.....TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.....


Selasa, 30 Ogos 2016

KISAH SERAM KETIKA MENGIKUTI PERKHEMAHAN SEKOLAH

KISAH SERAM KETIKA MENGIKUTI PERKHEMAHAN SEKOLAH


      Asslamualaikum kepada semua pembaca, berjumpa lagi kita dalam  kisah-kisah seram di Malaysia. Saya akan menceritakan pengalaman seram saya ketika mengikuti program perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.                                                               Pada tahun 2013 saya bersekolah di pasir gudang johor. Pada masa tu saya masih berumur 12 tahun dan seorang pelajar yang sangat pendiam. Saya ni kurang aktif dalam bidang kokurikulum dan malas nak bersukan. Setiap kali waktu sukan saya mesti ponteng kelas itu dengan alasan malas nak keluar kan peluh. Banyak kali jugak lah saya kena tangkap dengan cikgu tapi tak insaf lagi, maklum lah pada masa tu tahap masih budak-budak nakal. Pada suatu hari tu saya telah dipanggil oleh pengetua kerana, pengetua ingin tahu kenapa saya kurang aktif dalam bidang kokurikulum. Lepas tu saya diberi dengan satu borang kemasukan ke perkhemahan kokurikulum.
           Saya diwajib kan pergi ke kem tersebut kerana saya tidak aktif dalam bidang kokurikulum. Mula-mulanya saya tak nak pergi, tetapi nak tak nak kena pergi jua, kalau tak berbisa lah bontot. Bila saya balik rumah saya lah orang pertama yang akan memekak dekat rumah tu, tapi tak lah sampai macam orang gila.
         Pada pagi sabtu saya dan rakan-rakan yang terlibat sudah berkumpul di depan sekolah, untuk mengambil kehadiran. Tak silap saya yang pergi ke kem tu hanyalah 5 orang. Kitorang pergi ke kem tak lama dalam 4 hari 3 malam. Mula-mula saya fikirkan kem tu teruk sangat macam tidur dalam khemah, tapi saya silap bila kitorang sampai di tempat kem tu kitorang agak terkejut sebab kitorang tidur di dalam homestay yang agak selesa. Saya rasa kan sudah selesa bila sampai di tempat itu. Bila saya melangkah masuk tiba-tiba ada seorang makcik cleaner tegur aku, “ kalau sampai tempat ni jangan jadi macam kera”     saya agak terkejut kerana saya tak buat apa-apa pun saya tak menjerit tak beloncat-loncat macam kera pun. Pastu makcik cleaner tu cakap lagi, “jangan seronok sangat sebab kau tak biasa lagi tempat ni banyak misteri tempat ni”       aku mula terdiam dan tak cakap pape sampai lah ke dalam bilik. Bila kawan saya perasan yang saya ni diam je, dia terus tanya  “ ko ok tak dari tadi aku tengok ko diam je kenapa?”       saya pun cerita lah dekat dia    “ ko ada dengar tak  apa yang mak cik tu cakap tadi”        “alah ko jangan lah percaya sangat dekat makcik tu , dia tak nak kita seronok sangat macam kera and dia tak nak kita memekak tu je.”     Aku angguk je. Oh lupa pulak nak beritahu dekat mana homestay ni berada, homestay ni terletak di tajung balau. Selepas meletak kan beg pakain yang dibawa dari rumah, cikgu Abu  mengajak kami semua untuk mandi di laut, kami semua tanpa membuang masa terus mengantikan pakaian kami kepada pakaian mandi dan terus ke laut untuk mandi. Dalam 30 minit macam tu saya mula nak sejuk badan dan terus meminta izin kepada cikgu Abu untuk balik ke homestay.
          Ketika dalam perjalanan nak balik ke homestay, saya sekali lagi ditegur oleh makcik cleaner tetapi dalam keadaan yang tidak marah      “  Adik jangan berjalan-jalan malam dekat homestay tau walaupun dengan kawan sebab bahaya dekat sini.”     Saya cakap lah ok tapi saya tanya lah dekat makcik tu     “makcik kenapa tak boleh berjalan-jalan di kawasan ni pada waktu malam?”        mak cik tu   terus senyum        “ nanti adik tahu lah, satu lagi pesanan mak cik jangan tegur jika ternampak orang berjalan di kawasan ni pada waktu malam dan jangan jawab apabila dipanggil panggilan atau pun salam pada jam 12:00 tengah malam.”            Saya mula rasa tak sedap hati dengan makcik ni           “ kalau saya jawab jugak apa yang terjadi?”    “ adik akan mendapat kederitaan yang sangat berat.”        Pastu makcik tu terus pergi meninggalkan saya dengan senyuman manis. Bulu roma saya terus menegak macam ada orang memahatikan saya. saya terus masuk kedalam bilik homestay dan bersih kan diri yang penuh dengan pasir dan menunaikan solat zohor. Pada malam hari pertama tu , selepas solat isyak kami semua mendengar kuliah daripada seorang ustaz yang terdiri daripada penduduk disitu. Selepas mendengar kuliah daripada ustaz tu kami semua balik ke homestay masing-masing untuk merehatkan badan yang agak penat semasa mandi di laut tadi. Semasa dalam perjalanan balik ke homestay, saya terdengar ada suara tangisan, saya tanya lah dekat kawan-kawan saya   “ wei korang dengar tak? Macam ada orang menangis lah.”        “ orang menangis?  tak dengar pun.”       Mustahil  diorang tak dengar sebab suara tangisan memang yaring.    “ yelah memang ada orang menangis lah.”      “ dah lah ko ni memang sengaja nak takut kan kitorang.”     Saya mula terdiam, suara tangisan masih lagi kendegaran. Tiba-tiba je bulu roma saya menegak dan rasa tak sedap hati.
              Saya masih terfikir siapa yang menangis, kenapa saya sorang sahaja yang dengar dan kenapa kawan-kawan saya tak dengar tangisan tu. Saya terus terdiam sampai di bilik homestay saya, kawan saya cakap   “ sudah-sudah lah tu tak payah fikir sangat pasal tadi, mungkin perasaan ko tu je, ko takut sangat tu ko dengar macam-macam.”                “tak lah memang aku dengar ada orang menangis tadi tak akan korang tak dengar langsung suara tangisan tadi.”        Kawan saya hanya menggelengkan kepala. Pada malam tu kami tidur dengan nyenyak , dalam pukul 12:30 malam macam tu aku terjaga kerana nak membuang hajat. Pada masa tu tandas berada di luar bilik, saya cuba mengejutkan kawan saya yang nyenyak tidur.          “ wei bangun lah teman kan aku pergi ke tandas”                “ ko pergi sendiri tak boleh ke aku nak tidur lah”                “ takut lah nak pergi sorang ke tandas.”    Dengan liat bangun     “ emmm yelah tapi cepat sikit”        “ ok”        semasa aku dan kawan aku pergi ke tandas, kitorang perasan ada kain putih di atas pokok. Mula-mula saya fikir kan hanya hayalan saya, tetapi tidak kerana tiba-tiba je kawan saya tegur saya       “ wei ko perasan tak  atas pokok tu macam ada kain putih lah”         saya cakap lah        “ jangan tegur biar kan je”           “ asal pulak jangan tegur kan  ada kain putih dekat bukan kain putih tu bercakap pun”        saya memandang muka kawan saya dengan perasaan yang marah          “ aku cakap jangan tegur jangan tegur lah tak akan ko tak paham Bahasa”  sebab saya cakap macam tu kerana itu bukan kain biasa tetapi itu ade lah makhluk lain. Kawan saya terus tanya dekat saya     “ asal tak boleh tegur ?” saya cakap lah balik dulu lah nanti aku cerita, hasrat nak buang hajat tak jadi, sebab terlalu takut bila ternampak makhluk tu.  Bila sampai je di homestay saya cerita lah dekat kawan saya pasal tadi ape yang sebenar dia Nampak. Bila aku cerita terus muka dia pucat. 
              Dalam pukul 1:00 pagi macam tu kawan saya tiba-tiba je  menjerit tak tentu pasal, saya cakap lah    “  wei ko dah kenapa menjerit tak tentu pasal.”   Tiba-tiba kawan saya tu menangis suara tangisan tu sama macam suara tangisan yang saya dengar semasa balik dari kuliah di surau. Saya mula tak sedap hati, saya terus ke bilik cikgu Abu untuk minta bantuan. Cikgu tanya lah kenapa,  saya cerita kan lah semua ape yang berlaku, selepas saya mencerita kan  kesemua nya terus cikgu dan saya pergi ke bilik. Bila kami tiba di bilik saya dan cikgu terkejut apabila kawan saya berada di atas siling dengan keadaan yang agak menyeramkan.        Dengan suara yang garau  kawan saya cakap      “ ko nak ape. Buat ape dekat sini.” Terus cikgu saya lari keluar dari bilik,  saya tanya lah kenapa cikgu,      “ saya Nampak bungkusan berdiri di tepi katil kamu berdua.”              “maksud cikgu, cikgu Nampak pocong di tepi katil kitorang?”   cikgu hanya mampu angguk kan kepala.  Saya rasa pelik kerana saya tak Nampak pun bungkusan di tepi katil.  Saya memberanikan diri untuk masuk kedalam bilik homestay tu, bila saya masuk memang betul apa yang cikgu cakap memang ade sebungkus kain yang berdiri di tepi katil saya. saya terkejut, masa tu saya tak buat pape hanya boleh berdiri tapi tak boleh nak gerak. Kawan saya yang berada di siling terus menagis dengan suara tangisan yang menyeramkan.  Saya terus keluar daripada bilik tu. Bila saya keluar semua ahli perkhemahan sudah berada di luar. Saya menyuruh cikgu memanggil ustaz yang memberi kuliah hari tu. Cikgu Abu terus pergi tanpa membuang masa, saya menyuruh kawan-kawan yang lain masuk kedalam bilik masing-masing. Kira-kiram 30 minit macam tu cikgu Abu dan beberapa orang kampung telah tiba. Saya tercari-cari mana ustaz yang memberi kuliah hari tu. Saya tanya lah dekat cikgu Abu “ mana ustaz cikgu?” cikgu cakap dia akan sampai sekejap lagi. Dalam lima minit macam tu, sebuah kereta masuk kedalam perkarangan homestay, saya lihat ustaz bersama dengan imam kampung telah sampai. Ustaz tanya lah yang mana bilik kena gangguan tu. Saya tunjuk kan lah bilik saya dan kawan saya diganggu. Ustaz meminta saya untuk mengazankan di setiap penjuru bilik. Saya hanya mengeturuti apa yang disuruh oleh ustaz. Bila saya memulakan azan terus kawan saya terjun ke bawah dan tumbuk kepala saya, ustaz cakap terus kan sahaja azan tu. Saya terus kan sahaja azan tu,          “  ko berhenti azan sekarang panas ko tahu tak, aku cakap berhenti,”    ustaz cakap jangan berhenti  “ ko keluar daripada badan dia jangan ganggu dia lagi.”          “ aku tak nak keluar daripada badan budak ni, aku suka budak ni, kalau dia tak tegur aku aku tak akan ada kawan.”     Bila saya habis azan terus saya pergi ke  arah  ustaz.
          Saya lihat bibir ustaz macam ada baca sesuatu, mungkin membaca surah-surah tertentu. Bila ustaz membaca surah saya lihat kawan saya macam kepanasan           “ kau baca apa. Aku lagi kuat lah daripada kau, kau baca apa bising lah.” Ustaz teruskan bacaan nya, tanpa henti. Kawan saya terus menjerit      “ panas lah berhenti lah baca tu aku rasa panas”                “ kau ingat kau kuat sangat, Allah lagi kuat daripada kau”               kawan aku terus menjerit. Ustaz suruh aku pegang dia, masa pegang dia baca je surah ape yang ingat jangan berhenti. Masa saya pegang dia kekuatan nya luar biasa macam orang yang badan sado. Dalam 1 jam saya memegang dia, keadaan dia semakin terkawal, pastu dia semakin lemah tetapi makhluk tu tak nak keluar daripada badan kawan saya.      “ kau keluar je lah daripada badan budak tu, kau dah lemah dah.”      Tetapi percakapan tu tak di layan oleh makhluk tu malahan digelak pula.     “ hahahaha kau ingat aku ni tak kuat lagi, kau ingat aku ni sudah lemah”       tiba-tiba je saya terpelanting kebelakang. Memang luar biasa lah kekuatan makhluk tu, sampai terpelanting saya dibuat nya.  Ustaz menyuruh saya untuk memanggil cikgu Abu untuk membantu masalah ini. Dalam pukul 3:00 pagi macam tu keadaan semakin reda, makhluk tu semakin lemah dan tidak berupaya nak lawan.     “ kau keluar je daripada badan budak tu, kalau tak aku akan hapus kan kau.”        “  baik aku keluar daripada badan budak ni”     selepas tu kawan saya sedar tanya apa yang terjadi.
          Bila aku nak dekat dengan kawan saya, ustaz melarang saya untuk dekat, terus baca ayat-ayat suci al-quran.     “ kau memang pandai berlakon”         terus makhluk tu gelak       “  hahahahaha tak sangka ilmu kau tinggi, boleh beza kan aku dah keluar ke belum”      bila ustaz baca satu surah yang tak berapa jelas  saya dengar terus hembus dekat kawan saya, ini menyebabkan kawan saya mengelupur, pastu dia memanggil nama saya. Saya terus mendapat kan dia. Dia tanya apa yang dah terjadi.          “ nanti aku cerita kan yang penting sekarang ni ko selamat”      kawan saya berasa hairan dia masih tertanya-tanya apa yang sudah terjadi. Ustaz menyuruh kami berdua tidur di bilik cikgu Abu. Sebab ustaz suruh saya dan kawan saya tidur di bilik cikgu Abu kerana tak nak terjadi lagi sekali perkara ni. Saya ingat perkara ini berakhir di situ, tetapi saya silap apabila malam yang terakhir kami berada di kem tersebut. Tapi kali ni bukan kawan saya yang kene, orang lain yang kene. Seorang budak perempuan yang mengikuti kem ini terkena ganguan, budak tu cakap masa dia jalan-jalan di tepi homestay dia ternampak hantu pocong berdiri di depan dia. Dia terjatuh pastu dia menjerit ketakutan. Saya  mula terfikir memang benar ape yang makcik cleaner tu cakap. Saya pergi ke kaunter homestay tu untuk pulang kan kunci bilik kepada pekerja disitu, sambil tu saya tanya lah dekat pekerja disitu pasal makcik cleaner yang berkejar di homestay situ. Muka pekerja tu berkerut dan pucat. Saya terkejut lah, pastu pekerja disitu mencerita kan bahawa makcik tu dah lama meninggal dunia, mayat nya tak dijumpai sampai sekarang, polis menanggap kes mati lemas. Saya terkejut apabila mendengar apa yang pekerja homestay itu cakap,    “ habis tu selama ni aku cakap dengan siapa, adakah aku cakap dengan orang ataupun makhluk ghaib.”  Yang lebih mengejutkan saya apabila pekerja itu menceritakan lagi bahawa roh makcik datang dengan keadaan dibungkus sambil menangis untuk menyuruh siapa yang berkunjung di homestay itu cari mayat dia. Saya mula terdiam sampai naik didalam bas.
        Apabila saya duduk di dalam bas saya ternampak makcik cleaner tu berdiri di depan salah sebuah bilik homestay, sambil tangan nya melambai kearah bas kami. Bulu roma saya tiba-tiba je naik. Tiga bulan selepas kejadian seram yang menimpa di atas saya,saya pergi ke homestay tu tapi bukan untuk bermalam disana tapi saja je nak datang. Bila aku sampai masih terasa seram saya bila tiba di situ. Saya terlihat susuk tumbuh seorang makcik berdiri sambil berdiri di depan pintu bilik salah sebuah homestay tersebut. Aku mula terfikir siapa pula dia nak ganggu lagi. Saya baca lah surah-surah yang saya ingat. Bila saya mula baca makcik tu terus pandang saya dengan muka yang marah, sekelip mata sahaja makcik itu hilang dari pandangan. Tiba-tiba je hati saya tidak sedap hati, saya terus bereda pergi ke tempat keluarga saya berkelah. Saya dan keluarga berkelah dengan seronok di tepi pantai, kitorang sekeluarga membuat bbq, mandi-manda di laut, bermain bola tampar di pantai. Saya ingat kan peristiwa menyeramkan yang berlaku sebentar tadi sampai di situ sahaja tapi saya silap.
             Semasa pulang ke rumah, pada masa tu waktu malam kitorang baru berangkat dari tanjung balau, waktu suasana di jalan agak gelap dan ayah saya terpaksa memandu dengan perlahan. Saya mula perasan bila ada kereta di belakang kereta kami mesti diorang naik kan lampu kereta dan membunyi kan hon, saya mula rasa pelik kenapa mereka membuat perkara tersebut seolah nak beritahu kitorang macam ada sesuatu di atas kereta kitorang. Saya menyeruh ayah memberhenti kan kereta di bahu jalan, takut-takut ada benda yang tertinggal di atas kereta. Ayah saya memberhentikan kereta di bahu jalan dan saya keluar daripada kereta untuk meninjau di atas kereta, saya tengok tak ada pape yang pelik ataupun benda yang tertinggal di atas kereta. Bila kereta lalu di depan kereta kitorang , mesti diorang membunyikan hon dan menaikkan lampu. Saya pun pelik kenapa dengan diorang ni, macam nampak hantu je. Saya masuk lah ke dalam kereta, ayah dan emak saya tanya ada apa yang tertinggal dekat atas kereta, saya hanya menggelengkan kepala sahaja menandakan tiada papa yang berada dia atas kereta.      
                  Dalam satu jam macam tu kitorang sekeluarga sampai di rumah, mula-mula kitorang sampai di rumah tiada apa-apa yang berlaku tapi selepas seminggu kitorang berkelah di tanjung balau perkara yang ghaib telah berlaku di dalam rumah saya. Setiap kali pada waktu malam mesti lah ada kedengaran suara orang menangis di dalam rumah pastu macam ada orang berjalan di dapur pada hal tak ada orang. Saya mula rasa pelik apa yang berlaku sebenarnya, bila saya menceritakan dekat mak saya dia tak mempercayai langsung apa yang saya cerita kan. Saya rasa macam pelik tak akan mak saya tak dengar langsung suara tangisan pada malam hari, suara tu memang jelas kendengaran. Pastu mak saya cakap mungkin suara daripada jiran-jiran kut, saya hanya mengangguk sahaja dan tidak bercakap apa-apa.
           Pada malam tu saya tidur dengan nyenyak sekali, tapi nyenyak tu hanya sekejap sahaja kerana ada suara tangisan yang selalu muncul pada setiap malam. Saya berani kan diri untuk mencari dari mana datang nya suara tangisan tu, rupanya suara tangisan tu datang dari dapur rumah saya. Bila saya melihat di dapur, suasana pada masa tu memang gelap saya, bila saya bukak lampu saya terkejut sebab apa yang saya perhatikan adalah seorang wanita tua sedang mencangkuk di atas meja makan  sambil menangis. Kepala dia tunduk ke bawah, bulu roma saya terus naik. Saya tak tahu nak cakap macam mana sebab hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada masa tu. saya lihat perempuan tu macam pernah tengok, bila ingat kan balik rupa-rupanya perempuan tu ialah yang mati di tanjung balau dan mayat nya yang tak jumpa. Bila saya sudah teringat saya menjadi takut dan menjadi lemah semangat terus,  tiba-tiba perempuan tu bersuara       “ tolong aku, tolong aku ,tolong aku”         saya hanya berdiam diri . suara perempuan tu semakin menjadi garau            “ tolong aku tolong aku tolong aku , tolong cari mayat aku,”          saya terus membaca ayat-ayat suci al-quran. Bila memulakan bacaan ayat al-quran terus perempuan tu menjerit  yang menyebabkan mak,ayah dan abang saya terbangun daripada tidur. Mula-mula abang saya turun ke bawah untuk melihat apa yang terjadi selepas tu baru ayah saya turun ke bawah, bila mereka sampai ke bawah, mereka terkejut apabila melihat seorang wanita sedang bercangkug di atas meja makan sambil menangis. Ayah tanya macam mana boleh terjadi, saya cerita kan apa yang berlaku sebentar tadi, bila sudah mendengar keterangan daripada saya terus ayah membaca surah al-jin dan menyuruh saya azan di tengah-tengah rumah. Saya hanya menuruti apa yang disuruh oleh ayah saya, bila saya azan perempuan tu terus menjerit dan menyuruh saya memberhenti kan azan. Saya dengar yang ayah saya menyuruh perempuan tu keluar daripada rumah kami, tetapi perempuan tu degil tak  nak keluar daripada rumah kami.
            Ayah saya tak dapat membuat apa-apa sebab benda ni terlalu kuat dan kami terpaksa memanggil seorang ustaz untuk membantu kami sekeluarga. Ustaz tu cakap boleh keluar kan dia daripada rumah ni tetapi mengabil masa yang lama. Selepas 2 bulan kami sekeluarga berubat dengan ustaz ni, keadaan yang pelik berlaku di rumah saya semakin berkurang tapi gangguan masih berlaku dengan penampakan perempuan tua sedang mencangkuk di mana-mana sahaja samapi sekarang. Itu lah pengalaman seram saya mengikuti perkhemahan di tanjung balau.

     TERIMA KASIH KERANA MEMBACA CERITA INI........